Friday, December 18, 2009

Awal Muharam

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

HRIMAU MENGAUM



Tahniah Harimau Malaysia kerana sudah mula mengaum semula, setelah 20thn membisu Harimau kembali menunjukan taringnya..

Biar apa pun orang bebicara mengenai "Harimau Malaysia" aku tetap juga tidak peduli..yang penting Harimau sudah mula menunjukan belangnya..Kepada "Harimau Malaysia" jangan pedulikan cakap-cakap mereka...Yang penting bumi "LAOS" tersentak dengan ngaumam Harimau kita...Malaysia boleh..

Monday, December 14, 2009

moh belajo loghat peghak...

keme/aye/saye/teman/awak/kume = saya
(name teman peon...)

mike/kome/kamu/ = awak
(kome udah makan??)

ate = abis tu
(ate.. kome tak reti-reti nak mandi ke??)

raban teben =tak tentu arah
(ape kene raban teben budak ni??)

angat pijo = panas
(mak oii.. angat pijo rase badan..)

hakap = tamak
(gile hakap budak nie makan..sampai 4 ketui ayam dalam pinggan..)

ngelewor = terumbang ambing kekiri kekanan..
(ate ape kene bawak moto mengelewor ni??)

kebulor = lapar
(makk... adik tak larat nak puase.. dah kebulo bebeno dah ni...)

bolen = telanjang bulat
(ate abang ace pakaikan seluor anak tu jap.. apekehai keluor romah bolen aje..)

nyelap sador = seorang yang seperti dirasuk@ diluar kawalan
(tgk tu, pantang sebut hal kawen.. nyelap sador die..)

mengelenyor = gatal/ menengada/ gedik
(yang nie lagi sorang... jumpe muke hensem siket mule le mengelenyor.)

biot = degil
(kome jangan biot beno pun kenape.. kang apak rotan kang..)

perok = jakun/ tak pernah tgk benda
(ate... tak usah le perok bebenor.. esok kite pun beli rope itu)

muncah = banyak duit atau berharta
(auuww.. moncah le mike.. anak2 sume kroje gomen..)

toben = tua bangka
(tok tu dah toben... renti kan le kluor.. dudok romah je..)

merambu = joli sana sini


KEMIN = kemas

NYEGHOGIN = tersenyum sorang diri

REBEN TEYBEN = seluin jer – selekeh

TAK AJAP = TAK layan/ tak jadi hal

MENTEKEDAGHOH = makan

menterchiker = makan

MEROLOH = Tidor.
(adi tgh meroloh...)

GHODI/KODI = repair/belek
(haaa.. yai gitu.. ghodi-ghodi kerete abah tu.. kang kena penampor ngan dia..)

YA’NGAT = minuman panas (tea, kopi, melo, neskepe dll)


CAK CIBOR = pepatung
(cak cibor boleh makan ke???)

KALA LIPIT = kala jengkin (scorpions)
(tangan aku bengkak kene kala lipit)

CENCOGHOT = tikuih ketughi

JELEBOR = labi²
(nak tgk jelebor datang le bote..)

LABUN = cakap

SEMUT GATEY = semut api
(uwwaaa... adik kene gigit semut gatey)

MENGKIOK = besar sikit dari anai2 selalunya menjadi kalkatu..

BEDAGHOH = berdarah

CENANGOR = serangga yg berbau busuk selalu dijumpai berhampiran dgn lampu
(oiii bebudak cinangor.. gie balik..)

MENTONG = makan sampai due kali atau tambah 2 kali

PAKA@ PAKEI = pakai atau guna
(elehh... henset nokia n95 teman dah lame pakei..)

LECAH = Lumpur
(ya Allah budak nie, yang kamu main lecah kenape?? kan dah koto baju kamu..)

NGETIT /ngokak = gigit ketip

CONONGGENG = bontot ayam

ENCONOT = atau tongken ayam

LIBANG LIBU = perasaan resah gelisah....

MEGHEDANG-GHEDANG = (meredang-redang) maksud dia membuta-tuli

SENTEN = menarik kaki seluar ke atas.....ataupun singkat dlm bahasa pekan nya

SIUT = cucuh / menyalakan

NYARIGH = mujor
(nyarigh lagik aku tak eksiden tadik.. kalo tak beterabor gigi..)

BENGKIN = garang
(ate abahnye pon.. ngan anak pun nak bengkin)

GETAK =jatuh / luruh

GEGHOTOK/GEROTOK = jambatan

MENTELUN = seluar panjang (pantaloon)

KAYU ROL = kayu pembaris

PORES = pekerja jabatan hutan tu, forest

PUIH OPES = pejabat pos

GOMEN = kerajaan

MENTOKA = Kereta

SELAIT = lampu suluh / torch light

SEPEROH = alas / lapik meja

JEGHOLONG = tempat buang sampah kat tepi hutan

PIOR = tulin asli

ACEKEME = macamana kalau

PENGGE = lontar, baling

HAMBAT = kejar

GHULU GHELO = hulu hilir

NGELAT = menipu

SELE’WIN = kira buat asal siap, comot

HINCIT = Ketepi, ngeysot

GETIK = nyampoh (menyampah)

GANJEI = terkena / naya / terkejut

REBER = sesak, beriya, gedik, poyo..

SA-NGEIYR atau SANGEI = tudung saji

SI-YAR* (sengorkan bunyi..yar.. tu..) = mangguk tingkat

MENYENGKET - mengintai, mengendap

GILA SEPEREGHE = separuh gile

BEBEY = degil tahap batu gajah

NIN = jernih...

GENYII = geli geleman

MENYELEBIUR= terjuih bibir

NYADIN = buat derk aje

MELENGKO = membelit (ater komer lekas nengok ulor beso melengko ataih pago rumoh pak bako.)

MENEBEN MUKE = melangok kat kedai kopi

TAK SIOR = tak ingin

BERDANO = kotor sangat

NYENDIN = tumpang sekaki

SEMBAI = pasir halus yang basah/pasir sungai (cher miker pegi kaup sembai kat sungei tu, elok bebeno mbuat
bancuh simen)

LIMBAH = air kotor/Lumpur

MENGEROGHNYOT = berdenyut-denyut

MEMBANGAO BAU = busuk baunya

BERDA'AH = bohong/menipu/kelentong

TERPEROGHONGO = berlubang besar

PETIA = memang sudah direnung/ memang yakin

NYIOR KUTEY = kelapa yang dah kering kat atas pokok kelapa

BERONGGOK = berkumpul

TAWO LEYSYUR = masakan terlalu tawar

JENUH = lama sangat..

BONYEH = berlendir/berlendior

MELANTUNG KOHONG = busuk sesangat

Tumpo =Tak bergerak,mati,habis nyawa.

Moh = Jom

Ngerengken = Kurus kering tak ada isi langsung

Sompeh = Serpih,picisan,ada cacat sikit.

SAMO = Merah Jambu

SOH = Sunyi sepi/ senyap

PAN/NYANG =Panggilan utk moyang

BESIT = Memukul dgn sesuatu spt rotan dan sbg

NGELATOK = Berdebar2 akibat terkejut

motokar = kereta

mutu = motorsikal

tak mandang = takde

gebor = selimut

limaih = tepung pelita

ce /ace = cuba /try

gostan = undur belakang

beransor = mintak diri

pagi itu pagi minggu

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan mem'fire' pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia.. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

misteri myvi merah


mase aku balik dari mancing kat selayang, time kat haiway mrr2 keteorang selisih gan satu kereta myvi warna merah dow no plet putrajaya..dlm 2 semua awek je..bdk2 nih da tau awek semua cargas je nak follow kereta 2..siap lambai2 dow, sorang dari ramai2 kaklong 2 ader yg bwk kamera, so dia snap pic kteorang ats moto,..(ats moto pon nak kacau awek lagi terok dow dorang..)..last sekali keteorang tepaksa masok lorong nak ke segambut dia terus nak ke s.buloh, time nak bepecah 2 kak long 2 siap lambai2 kat keteorang beb..(sporting ah u all kak long..)kalau2 ah blog aku dah meletop esok2, kak long2 tu plk ade yg terbace aku nak ucap thanks sebab snep pic kteorang yg serba serbi selekeh nih..(biase ah baru balik mancing bkn clubbing..)...(ape ah aku nih xpasal2 je sebot clubbing, huhuhu)..myvi merah plat putrajaya 7134(kalau x salah ah..) korang memang sporting ah..terbaik awok...

Sunday, December 13, 2009

ikan oh ikan



letih dow aku mancing siang tadi..dari pg aku g sampai ptg baru balik. ari sabtu pon aku g gak mancing, mule2 ramai yg nak ikot sudah nye aku ezra, gan zaidi 3 ball je g..tapi siang tadi ramai gile 8 org sekali gerak..yg ader joran pon,aku gan tupai je, yg lain hampeh bwk telo je g..sek baik aku bawak 5 btg joran..so blh ah pakai sikit2 sorng,huhuh mcm mkn nasi lak sikit2 sorng...mule2 janji kol 7.30 kat restoran ali, aku g sane tgk ezra sorg je yg tepacak kat sane, yg lain tgu nak call baru pantas menghadirkan diri..bila semua da dtg sarapan dlu gan nasi lemak kedai pak sarip kat area umah aku, terbaik awok nasi lemak dia, korang datang umah esok2 aku aku belanje nanti k..lepas semua da makan kenyang melantak, aku mulakan pakatan syaitan sket utk mengenalpasti lokasi di terjah..lepas lokasi dikenal pasti deruman moto mengiringi perjalanan kami(skema dow)..sampai je destinasi pertama keteorg kat taman metropilitan kepong, keteorg round2 dlu cari port cadek nak bersidang..pastu setelah keputaan d buat sudahnya lepak gak kat port ari sabtu aritu..sampai kat sane nak mula ah mancing dlm ramai2 tu yg ade potensi memancing, aku sudah tentu, ezra, zaidi..lain hanco ikat mata kail pon xtahu..pasang umpan po takot2.hehehe.,,(maaf kawan2 bukak pekong korang..) da bejam2 dok sane seko pon x dapat, mula ah nak cabot usha tmpat lain, tgh siap2 nak bla ade plk cina ganu mabok mane tah dtg sembang gan kete org ntah ape binatang aku x paham dia ckp, sudah nya cina 2 kecewa ketaorg x lyn dia..sekali lagi pakatan syaitan dia buat utk pegi ke lokasi kedua,keputusannya kat selayang dkt pasa borong..mancing kat sana best dow bwk balik 52 eko ikan talapia beberapa jam je memancing..sumua da letih jadi sume nak balik, sorang kawan aku nama Aman damai(sori aman aku xtahu nama betol ko) cadangkan bwk g umah ezra soh ibu dia masak semua...tadi ezra msg aku dtg umah dia kol8 mkn, perrrhhhh mak dia masak terbaik awok..walau pon aku x makan talapia tapi ibu dia masak ikan lain n laok2 lain dow.(t.kasih ibu ezra masak kan utk keteorng) pas makan merepak jap kat depan umah ezra pastu sumua balik buat haluan masing2...aku sempat gak ucap selamat tgl kat dorg sume hahahaha...

Thursday, December 10, 2009

kasih sampai ke syurga..



jika kamu masih punya ibu dan bapa, hormatilah mereka. sayangi mereka sepertimana mereka menyayangi kamu sejak dari sebesar tapak tangan.



Al-Fatihah buat ibunda dan ayahanda tercinta,

Allahyarhamah Dariyah binti Yahaya (17 Mei 1988)

&

Allahyarham Abdul Rahim bin Sani (02 Dis 2009)

warkah buat melayu..



Tahniah di ucapkan kpd kita atau rakyat Malaysia kerana telah berjaya merealisasikan gagasan 1MALAYSIA..
Sudah lama berhajat ingin menulis tentang ini, dan setelah blog ini dibuat dapat juga menulisnya. terima kasih sekali lagi kpd Norazrin kerana membantu menghasilkan blog ini..
Tiada apa yg ingin disentuh di sini, sekadar ingin mengingatkan diri sendiri yg menulis, tentang perihal orang Melayu yg gemar mengikut-ikut.(temasuk diri yg menulis.)
Benar kata "CHE DET" (Tun Dr.Mahathir) Melayu mudah lupa (jgn cepat melatah orang Melayu).
Kita gagal balik ke pangkal jalan,akhirnya kita sesat.Melayu sesat akan di kata.Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.Kita umat Islam adalah umat terbaik. Ini di perakui Allah S.W.T dlm Al-Quran. Melayu Islam adalah umat terbaik.
Marilah mewujudkan kerjasama sesama kita dalam mengenali musuh.Musuh hari ini tidak datang dengan armada perah yg hebat, tetapi menakluki dunia Melayu Islam dunia "negara mundur" atau "dunia ketiga" dengan penipuan.
Kita perlu mengenali sejarah kita dengan pandangan sebenar. Melihat dengan mata Melayu. Imej org Melayu perlu di bina semula agar lebih dinamik.
Dunia barat dari dulu lagi berperasangka dengan dunia Melayu. Melayu dilabelkan sebagai bangsa yang mundur dan miskin. Hairan, negeri-negeri Melayu kaya raya dengan pelbagai hasil bumi.
Raja-Raja Melayu mesti detegakkan dan di pertahankan. Kembalikan duit emas negeri-negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Kaya! Raja-Raja Melayu perlu dibiarkan supaya mereka boleh "mengaum" semula. Bangsa Melayu pernah mempunyai sebuah Empayar yang gilang gemilang. Mari kita hayati senikata lagu Negaraku.
Negaraku,
Tanah tumpahnya darah ku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahta.
Marilah kita sama mendoakan agar Raja kita selamat bertahta, mendapat kurnia ramat dan bahagia dari Allah S.W.T untuk memimpin rakyat. Rakyat dengan rela hati bernaung dan bersedia untuk mempertahankan tanah tumpah nenek moyang, Tanah Melayu!.
DAULAT MELAYU PADA RAJA MELAYU....Siapa yang mengajar Melayu derhaka pada Rajanya?....

Tuesday, December 8, 2009

klip-klip


fuhhhh smart dow menatang nih...aku dah pasang angan2 da kalau ada sen sok2 aku nak sambo sedas benda nih..
mulai ari nih aku berazam nak kumpoi sehengget sari, aku rase dlm 3,4 thn lagi cukop ah sen aku nak sambo benda nih..xpe aku xkesah bape lama pon aku nak sambo gak bila ade rezeki...pastu sume gambo aku nak snep..kome jgn mimpi la nak pinjam makan ati la kome tgk benda nih tebelit kt tengkok aku besok2..dpt benda nih leh gak aku wat diut selit tmbah2 pendapatan akuh..sape2 nak aku amik gambo korang kawen buking aku siap2 dari sekarang sebelum aku sambo benda nih, esok2 aku da sebok xde mase nak layan kome da..Ya Allah pekenankanlah aku nak beli benda nih..Amin..


al-fatihah

pada 3.12.2009 (hari rabu) bersamaan 16 zulhijjah permergian ayahnda tercinta ABDUL RAHIM buat selama2nya..aku rasa sedih sesangat sampai air mata aku pon da x kelua2 da..dia mengalami serangan jantung mengejut..satu keluarga tekejut bila nurse 2 cakap abh da xada..abg aku si awol tu sampai marah nurse tuh nasib baik cik umi aku ade tenang kan dia yg selalu xtahu bwk betenang tu..(maaf ye cik nurse dgn kelakuan sumbang abg saya..)Alhamdulillah ustaz aku cakap abh aku pergi dgn cara yg mudah, dn segala urusan pengkebumian jalan dgn pantas..pd pukul 2.00pm dia meninggal lepas asar suma urusan selesai..tapi x dpt tanam lagi sal kena tunggu abg aku yg sulong dtg dari sungai siput, bila abg yg sulung aku sampai lepas je magrib abh aku d kebumikan..mula2 aku x terasa sangat abh da tak da, aku rasa mcm dia masih ada lg sebab dia x sakit ape2,cuma sakit mengejut 2 ja..lepas 2,3 hari cam tu baru aku terasa sgt2 dia dah xda..sedih sgt2 aku sebab masa dia last bernafas aku x da dekat dia..tapi xpa aku redho ja ketentuan Allah..byk benda lagi aku nak share nih tapi aku blur nk tulis ape sal kesedihan melanda jiwa aku.. abah ana sayang abah sangat dn sgt rindu pada abh masa nih..Al-Fatihah buat aruah abah...

masih belum sempurna

akhirnya walaupun masih belum sempurna(cm lagu plk..) dapat gak aku buat blog nih....
terima kasih kpd norazrin yg buat kan utk aku..ahaks..ahakss..
aku pon x tahu asal aku nk wat blog nih padahal bukan nye pandai pon wat benda nih..
aku tanye awek aku nak tulis ape kat cini ntah, dia ckp tulis je pasal dia cute la ape la..
nak bagi dia FOFULER je mane aci kan, aku pon gile glem jugak..
pd korang yg terbaca blog aku harap2 korang enjoy je la..aku kan tau sgt nak buat ape..
haaa.baru aku ingat sal ape aku nak buat blog nih, sal abg aku shahrul(awol), yg rock kapak x semenggah 2 pon ade blog so aku kena ah lawan dia..lain kali aku cita sal awol si rock kapak nih pd korang k...
k la harap korang enjoy..pada mat2 rock kapak kita kasi gegar dunia jalur leba ini ok...
ok wa colo dulu ek..daaa...