Thursday, December 10, 2009

warkah buat melayu..



Tahniah di ucapkan kpd kita atau rakyat Malaysia kerana telah berjaya merealisasikan gagasan 1MALAYSIA..
Sudah lama berhajat ingin menulis tentang ini, dan setelah blog ini dibuat dapat juga menulisnya. terima kasih sekali lagi kpd Norazrin kerana membantu menghasilkan blog ini..
Tiada apa yg ingin disentuh di sini, sekadar ingin mengingatkan diri sendiri yg menulis, tentang perihal orang Melayu yg gemar mengikut-ikut.(temasuk diri yg menulis.)
Benar kata "CHE DET" (Tun Dr.Mahathir) Melayu mudah lupa (jgn cepat melatah orang Melayu).
Kita gagal balik ke pangkal jalan,akhirnya kita sesat.Melayu sesat akan di kata.Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.Kita umat Islam adalah umat terbaik. Ini di perakui Allah S.W.T dlm Al-Quran. Melayu Islam adalah umat terbaik.
Marilah mewujudkan kerjasama sesama kita dalam mengenali musuh.Musuh hari ini tidak datang dengan armada perah yg hebat, tetapi menakluki dunia Melayu Islam dunia "negara mundur" atau "dunia ketiga" dengan penipuan.
Kita perlu mengenali sejarah kita dengan pandangan sebenar. Melihat dengan mata Melayu. Imej org Melayu perlu di bina semula agar lebih dinamik.
Dunia barat dari dulu lagi berperasangka dengan dunia Melayu. Melayu dilabelkan sebagai bangsa yang mundur dan miskin. Hairan, negeri-negeri Melayu kaya raya dengan pelbagai hasil bumi.
Raja-Raja Melayu mesti detegakkan dan di pertahankan. Kembalikan duit emas negeri-negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Kaya! Raja-Raja Melayu perlu dibiarkan supaya mereka boleh "mengaum" semula. Bangsa Melayu pernah mempunyai sebuah Empayar yang gilang gemilang. Mari kita hayati senikata lagu Negaraku.
Negaraku,
Tanah tumpahnya darah ku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahta.
Marilah kita sama mendoakan agar Raja kita selamat bertahta, mendapat kurnia ramat dan bahagia dari Allah S.W.T untuk memimpin rakyat. Rakyat dengan rela hati bernaung dan bersedia untuk mempertahankan tanah tumpah nenek moyang, Tanah Melayu!.
DAULAT MELAYU PADA RAJA MELAYU....Siapa yang mengajar Melayu derhaka pada Rajanya?....